Ahad, 22 Disember 2013

           

                 <3 UKHUWWAH KAU DAN AKU <3

"SELAMA INI KU MENCARI-CARI ..
 TEMAN YANG SEJATI 
 BUAT MENEMANI 
 PERJUANGAN SUCI.."

     Lagu nasyid dendangan Brothers  berkumandag di corong radio di kamar tidurku.Masih ku ingat dengan jelas kenangan sewaktu berada di alam persekolahan .Aku tersenyum.Sambil tersenyum tanganku mencapai bingkai gambar yang terletak di atas meja belajarku.Satu persatu wajah sahabatku yang sedang tersenyum mesra terpampang jelas dimataku.HANANI,BAZILAH,SITI,ZULAIKHA,BAZLIN,AISYAH,QISTINA,..YA..!,itulah antara sahabat yang paling rapat denganku atau dalam erti kata lain sahabat yang paling aku sayangi .Bagaimana agaknya mereka sekarang ya?masih macam dulu-dulu ke atau... ?Itulah antara persoalan yang sering bermain di fikiranku .Rindu aku pada mereka hanya ALLAH yang tahu.Setiap kali aku berdoa,tidak pernah sekali pun,aku lupa untuk menitipkan doa buat mereka.."YA ALLAH..andai kata,terlintas di fikiran mereka akan perkara yang engkau larangi,maka lindungilah mereka dan andaikata mereka berbuat kebaikan ,maka lipat gandakanlah pahala mereka.."Amin..Lama benar rasanya aku tidak bertemu mereka .Mungkin sudah hampir 3 tahun agaknya.Bagaikan mimpi,kini aku sudah memasuki Universiti yang dulunya hanya aku bayangi.Syukurlah,aku berjaya menjejakkan kaki di bumi Mesir ini .Setelah segala keperitan dan kesusahan yang aku dan sahabatku lalui,kini kami berjaya mencapai apa yang kami impikan .Ya ..!Hanani telah diterima masuk ke Universiti Jordan bersama Aisyah,Bazlin,Zulaikha dan Qistina manakala Bazilah berada di Yamen,universiti yang telah lama diimpikannya.Hanya Siti berada di tanah air ,iaitu di USIM,namun itu tidak menghalang cita-citanya.Aku bangga dengan sahabatku ini.Masih segar di ingatanku,sewaktu kami sama2 belajar di sekolah dahulu,begitu banyak impian kami yang kami cipta.Aku tersenyum lagi.Indahnya saat itu.Apa khabar agaknya mereka ya.?Sihat ke atau sebaliknya?Adakah mereka boleh menyesuaikan diri dengan persekitaran baru?Dan paling penting adakah mereka masih mengingatiku seperti mana aku mengingati mereka.Aku tidak menafikan ,dunia kini makin canggih.Jika kita hendak,bila-bila masa boleh berhubung tapi sudah pasti ianya tidak akan sama.Jauh bezanya berhubung melalui alat canggih dengan bertentang mata.Tidak sabarnya aku,untuk menghabiskan pengajian disini dan pulang bertemu mereka.Setiap hari aku akan berdoa agar aku diberi peluang untuk bertemu dengan mereka.Tidak tertanggung rasanya rinduku pada mereka.Lama...Aku merenung wajah-wajah sahabatku.Perlahan-lahan aku dekakatkan bingkai gambarku itu ke dadaku.Nafas ditarik perlahan.Lantas tanganku kembali meletakkan bingkai gambar itu di tempatnya.Sambil tersenyum,aku mengambil pula sebuah kotak di hujung katilku kotak itu kubuka,lantas aku mengambil kertas-kertas berlipat didalamnya.Salah satu kertas itu tertulis.." to:Hana' bt. Azhar,Universiti Al-Azhar,Mesir",aku tersenyum lagi.Ini merupakan kad ucapan sewaktu ulang tahunku yang ke-16.Syukur,kini ..apa yang ditulis oleh sahabatku menjadi kenyataan.Sekadar segera,Aku membuka lipatan kertas itu.Sambil membaca kembali kertas itu,aku meninggikan sedikit volume radio di bilikku.Sunyinya di sini,,tanpa sahabat yang mewarnai hidupku.Aku cuba lagi untuk mengingati peristiwa-peristiwa lalu dalam  hidupku .Jelas bermain di pita fikiranku ,di saat aku dan sahabatku sama-sama menelaah pelajaran di waktu malam.Semuanya bertingkah pendapat ,tidak pernah sekepala,ada sahaja yang di canggah dan di sanggah.Masihku ingat ,antara sahabat yang paling banyak menyumbang ilmu ialah Bazlin.Bukan maksudku sahabat yang lain tidak berkongsi ilmu tetapi itulah hakikatnya.Barangkali oleh sebab inilah ,Bazlin sentiasa mendapat lebih dariku dan para sahabat.Aku sedikit tersentak apabila radioku mati dengan sendiri.Lantas aku menutup suis kecil di meja belajarku kemudian aku menyandarkan tubuhku ke kerusi.Walaupun sibuk dengan pelajaran ,aku masih ingat,Bazilah paling suka berpuisi dan biasanya puisi yang ditulis mencuit hatiku dan para sahabat.Salah satu puisi yang di tulis masih berada dalam simpananku .Kemudian ,fikiranku melayang mengingati sahabatku Siti atau nama penuhnya Siti Nurhanani Mohd Noor.Siti dan aku boleh dikatakan punya minat dan citarasa yang sama.Masihku ingat sewaktu rancangan populariti tv Akademi fantasia berlangsung .Siti dan akulah yang boleh dikatakan agak kuat terpengaruh.Subhanallah .Aku tersenyum lagi untuk kesekian kalinya.Kini fikiranku menerawang mengingati seorang sahabat yang mempunyai seraut wajah yang sering mendapat pujian ramai.Hanani kekal sekelas .Dahsyat sungguh.Rindunya aku pada sahabat yang satu ini.Di bumi Maahad dulu ,pelajarannya datang dari seluruh pelusuk negeri.Begitu juga dengan sahabatku Zulaikha atau nama gelaranya Zinnirah Zulaikha.Aku dan Zulaikha sama-sama berada dalam Barisan Bintang Qasidah di bumi Maahad.Pelbagai pengalaman sudah aku tempuhi bersamanya .Takut,malu,gementar,gembira semua dikongsi.Bagaimana ya dia sekarang ? Perlahan-lahan aku melenyapkan lamunanku.Aku beralih dari kerusi ke tingkap kecil bilikku.Fikiranku menerawang lagi.Qistina ,tuanya manis dan lemah lembut selembut namanya Fatin Nurul Qistina.Suara Qistina sering kali membuat aku dan para sahabat dibuai perasaan indah.Syukurlah ,Qistina di anugerahkan suara yang mampu memukau semua yang mendengar.Sejenak aku terfikir ,adakah suaranya masih sama seperti dahulu atau sudah bertambah lunak dan merdu.Aku tersenyum.Rindu rasanya hendak mendengar suara Qistina.Sahabatku ,ketahuilah,aku amat rindu akan dirimu .Seorang lagi sahabatku,Aisyah Zulkifli. Sikapnya,sifatnya,semuanya mengingatkanku pada dirinya Aisyah,orangnya kadang-kadang serius,kadang-kadang kelakar.Apakah dia masih kekal begitu?Aku cuba untuk mengusir angan ini dari mindaku.Perlahan-lahan aku menutup mataku.Kelopak mataku terasa hangat .Lantas air mata laju menuruni pipiku.Ahh..air mata ,begitu mudah engkau mengalir.Tanganku menyeka air mata dari pipi.Aku sedar ,aku perlukan sahabat dalam hidupku kerana aku tahu aku tidak akan mampu meneruskan perjuangan tanpa sahabat disisi.Secara tidak langsung,telingaku membenarkan nasyid di radio menembusi pendengaranku.

   "Selamat berjuang sahabatku
        Semoga ALLAH berkatimu
    Kenangan indah bersamamu
       Takkan kubiar ia berlalu
    Berjuanglah hingga keakhirnya
       Dan ingatlah semua kisah kita..."

Aku memandang sepi ke arah corong radio.Lagu yang sama terdapat di kad ucapan hari lahirku dulu.Air mata mengalir lagi.Sepantas kilat tanganku menahan dari terus mengalir .Rindu dihati semakin hari semakin membara rasanya seperti gunung berapi yang kan meletuskan lavanya.Aku akhirnya mengukir senyuman.Ish.~,ini bukan subjek sains yang dibandingkan dengan sebuah persahabatn yang tiada terniai harganya.Pengajian dibumi Mesir ini hanya berbaki setahun lagi.Sabarlah duhai hati,orang yang sabar pasti mendapat hasilnya.Aku cuba menyabarkan perasaanku.Dalam tidak sedar ,aku berangan sebdirian,Barangkali anatara aku dan para sahabat ,siapa yang terlebih dahulu akan menjadi hak milik orang ,dalam erti kata lain "berkahwin".Mungkin Hanani.Aku yakin pasti ramai yang terpikat pada keayuan serta kelembutannya.Mungkin sahaja sekarang,dia sudah berpunya.Atau mungkin juga bazilah kerana pasti ada yang terpesona mendengar puisi-puisinya yang berlagu indah .Siapa agaknya insan bertuah yang berjaya menawan hati sahabatku ini agaknya?Siti.Tidak mustahil untuk sahabatku ini mendapatkan jodoh buatnya yang sentiasa bersikap selamba.Malah,Siti juga memiliki seraut wajah yang membuatkan tidak jemu mata memandang.Apa mungkin Qistina dahulu yang mendahului yang lain?Melaui anugerah suara yang memukau pendengaran ramai,aku pasti ramai jejaka diluar sana yang berlumba-lumba mahukan dirinya.Bunyi suara diluar bilikku mematikan lamunan.Tidak mengapa,mungkin jiranku disebelah agaknya.Aku menyambung lagi anganku.Zulaikha .Melalui perwatakannya,aku tahu pasti ada yang tertarik.Mustahil ,Zulaikha yang tinggi lampai,manis wajahnya tiada yang tertarik.Mungkin sahaja sekarang dia sudah dimiliki.Bagaimana pula dengan Aisyah.Sifatnya,tingkah lakunya pasti mencuit hati orang ramai diluar sana.Barangkali,Aisyah menjadi menantu kesayangan mertua.Aku tergelak kecil dengan angan-anganku..Bazlin pula agaknya bagaimana?Masih bersama formula-formula pelajaran lagaknya.Namun aku yakin orang sebijaknya pasti menjadi kegilaan ramai .Harapnya ,Bazlin boleh meninggalkan buku-bku ilmiah buat seketika bagi mencari insan yang bergelar suami,Aku..?Mungkinkah para sahabatku juga tertanya-tanya siapa teman hidupku .Jadi,apa yang boleh ku katakan hanya..biarlah rahsia..Aku tergelak lagi.Alahai,jauh benar angananku kali ini.Serius.Aku tidak bergurau dalam hal seperti ini.Aku begitu mengharapkan para sahabat kesayanganku ini menemui jodoh yang boleh mendidik serta membimbing mereka ke pintu syurga nanti.Itu juga adalah harapanku.Mmemandangkan aku sendiri merupakan hamba yang sentiasa dahagakan ilmu,jadi sudah pasti aku memerlukan seorang suami yang boleh membimbingku.Mudah-mudahan ianya tercapai.Amiin..Mataku mula terasa berat .Mengantuk .Jam sudah menunjukkan angka 2.00 pagi waktu Mesir.Perlahan-lahan ,aku merapatkan kelopak mataku.Sebelum tidur,aku berharap moga mimpi kali ini menemukanku dengan para sahabat seperjuanganku..In sha allah,dengan izinNYA..

Ahad, 8 Disember 2013

<3 sanAh hElwah <3

Assalamualaikum..
091213,, SANAH HELWAH yang ke-25  diucapkan buat amad,abg long!hehe,x lupa eh bufdey yo..dah makin meningkat umur,cari molek bakal k.ipar terR..semOga amad terus tsabat dalam perjuangan islam..moga dberi kberkatan pada usia , don't ever forget our first priority as a servant of Allah and rasulullah..moga jadi anak yang taat dan qurrata a'yuun pada abh dan ummi..hehehe..rindu nak duk kumpul kkali..baru jah sambut bfdey abh n umi..;)
Okey..HAPPY BIRTHDAY..DOALAH MOGA SENTIASA DALAM PERLINDUNGAN ALLAH..Abh umi kirim salam gakKK..sekian..
  special wish from:The family of Zulkifli Mat jusoh <3 Rokiah Mustafa, as our beloved parents and your siblings,k.long,muaz,amru,asiah,aisyah,zaid,aminah,azmi,amar <3 <3 <3

Sabtu, 7 Disember 2013

Allahu rabbi..nasaluka hubbak..

Bismillah..amacam,terkena ke?

Jika kamu menyukai seseorang, usahlah memberitahu si dia, kelak kamu akan kecewa. Jika kamu meminati seseorang, usahlah menunjukkan kepada si dia, kelak kamu akan derita. Jika kamu berkenankan seseorang, usahlah meluahkan di wall kamu, kelak salah orang yang akan membacanya. Jika kamu memang benar-benar tergila-gilakan seseorang, marilah meminta daripada Allah, kerana Dia Maha Mendengar. Jika benar cinta kamu kepada seseorang itu kerana Allah ,siapa tahu Dia mengerakkan hati kamu berdua dan meletakkan nama-nama kamu di Lauhul Mahfuz untuk dijodohkan. Sesiapa yang jatuh cinta kemudian menyembunyikannya hingga kematian menjemputnya maka dia adalah seorang yang syahid. (Riwayat Hakim, Ibn Asakir Al-Dailami).Sohih.Subhanallah...

Buat Tukang Masak, Suri rumahtangga dan siapa saja yg suka masak ini cara betul mengunakan garam dan juga untuk rawatan mengikuti cara Rasulullah. Kita disogok dgn fakta palsu; Ambil garam lebih boleh kena darah tinggi (Ini protokol yahudi) Back to cara hidup Nabi (SAW), Sebelum makan Nabi (SAW) letak secubit garam di lidah untuk elak santau dan tapis makanan yang akan dimakan. Sampai di tempat baru, Nabi (SAW) ambil garam dulu untuk sesuaikan hormon tubuh di tempat baru. Untuk ubat penyakit rohani, air perlu dicampur garam terutama sihir dan santau. Kenapa? Allah dah cipta garam adalah penarik toksid/asid/racun dalam darah atau tubuh dan juga penarik unsur-unsur negatif, (pengamalan Pengamal Perubatan Islam untuk bersih rumah atau pagar rumah perlu tabur garam di sekeliling rumah. Garam juga unsur yg boleh balance balik sistem tubuh kita. ini sunnah kita. Tapi garam boleh jadi rosak apabila dimasak atau bertindakbalas dengan suhu tinggi/panas. Maksudnya kalau nak masak, guna garam bukit dan jangan bubuh garam masa makanan menggelegak atas dapur. Tutup api dan biar suhu turun dulu. Baru letak garam. Kita panggil bubuh garam atas darat macam orang arab buat; Bubuh garam masa nak makan. Sebab? Garam ada sodium dan potassium. Tubuh perlu potassium lebih. Kalau dalam suhu panas, garam hanya tinggal sodium. Potassium rosak dalam suhu panas. Sebab tu kena darah tinggi. Seelok-eloknya di tempat makan sentiasa ada mangkuk kecil garam dan sunnah Rasulullah SAW mencalit secubit garam menggunakan jari kelingking kanan dan diletakkan ke lidah bahagian depan. Ianya akan mengaktifkan kelenjar enzim penghadaman.

Isnin, 2 Disember 2013

<3 pesAn pada diRi <3

Bismillah ;)

Assalamualaikum,jom pesan pada diri..,

Belajarlah menyayangi seseorang yang sudah pasti menyayangi kita..

Daripada mengejar seseorang yang kita suka namun dia tak pernah peduli pada kita..

Agak terkesan..XD

Ahad, 1 Disember 2013

Ilmu + Agama =1

Bismillah ;)

Pesan pada diri :

İlim insanın hayatını aydınlatır,
Cahillik İnsanı karanlığın dibine götürür..
İlim ve Din birdir..Bunları tafrik edenler hakkü'l-hekâik istikamete ermez..

Ilmu menerangkan kehidupan manusia,
Kejahilan membawa manusia kepada kegelapan
Ilmu dan agama adalah satu.. Sesiapa yang cuba memisahkan keduanya ini, tak akan capai destinasi yang diinginkan,,..